
PERNAHKAH anda memasukkan sesuatu selain daripada roti ke dalam pembakar roti yang sedang berfungsi di rumah anda?
Jika tidak, baik lupakan sahaja hasrat anda itu.
Jawapannya boleh anda dapati selepas menonton video yang boleh kami kategorikan sebagai lucu dan menakutkan ini.
Video ini menyaksikan beberapa lelaki sedang mengenakan seorang rakan yang dikatakan kalah dalam satu pertaruhan.
Syaratnya ialah dengan memasukkan sebilah pisau ke dalam pembakar roti tersebut.
Setelah didesak berkali-kali, akhirnya lelaki yang dikenali sebagai Danny itu memacakkan pisau ke dalam mesin tersebut dan mengakibatkan letupan yang agak kuat.
Tidak tahulah apa yang mengakibatkan letupan tersebut, namun ia sebenarnya boleh dijadikan peringatan supaya tidak melakukan gurauan yang tidak munasabah kepada rakan anda.
Oleh: ELZA
0 komentar:
Posting Komentar